Thursday 10 November 2011

Bantuan Sebanyak RM100 kepada 5.5 juta pelajar


Kerajaan mengumumkan bantuan sebanyak RM100 kepada 5.5 juta pelajar akan mula diagihkan mulai semalam. Ini bermaksud, sejumlah duit tunai bernilai RM550 juta akan memasuki pasaran dan bolehlah dianggap duit ini akan dibelanjakan serentak sebelum sesi persekolahan 2012 bermula.

Walaupun pemberian ini pada dasarnya akan memberi faedah kepada si penerima (murid sekolah), tetapi sebenarnya manfaat dari bantuan kerajaan ini akan dirasai oleh peniaga-peniaga dalam pasaran yang majoritinya terdiri dari kaum Cina. Dalam masa singkat, pasaran akan menerima pembelian dalam jumlah yang besar. 

Perlu diingatkan, sekarang ini kita berada dalam suku terakhir tahun 2011 dan dan pada suku pertama tahun 2012, Tahun Baru Cina akan dirayakan. Pada kebiasaannya, para paniaga kaum Cina akan mula meningkatkan keuntungan perniagaan mereka pada ketika ini, iaitu sebelum Tahun Baru Cina disambut. 

Justeru, sebarang kenaikan harga barangan perlulah diawasi.

Tuesday 8 November 2011

Malaysia tak ke mana tanpa peniaga Cina


Kita gempar mendengar kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan bahawa Malaysia takkan kemana tanpa peniaga Cina. Hasil daripada ucapan tersebut boleh menyebabkan satu gambaran dibuat seolah-olah kaum Melayu itu adalah kaum yang kurang hebat jika dibandingkan dengan kaum Cina. Kenyataan tersebut juga mendorong masyarakat berbilang kaum di negara ini membuat perbandingan diantara prestasi perniagaan satu kaum berbanding kaum yang lain. Walaupun mungkin saya mengakui kenyataan tersebut ada kebenarannya tetapi pada dasarnya saya tidak bersetuju satu perbandingan perlu dibuat diantara prestasi perniagaan kaum cina berbanding kaum melayu. Membuat perbandingan prestasi perniagaan diantara kaum Cina dengan kaum Melayu bolehlah diumpamakan seperti membuat perbandingan diantara mempelam dengan mangga. Hampir serupa tapi pada kelas yang berbeza. 

Jika kita melihat dunia perniagaan dalam konteks Malaysia yang merdeka sekitar 50 tahun yang  lalu, kita akan mendapati bahawa kaum Cina telah berniaga di Malaysia ini untuk tempoh sekurang-kurangnya 3 generasi, yang mana modal telah mula dikumpulkan oleh generasi pertama melalui gaji sebagai buruh lombong bijih timah yang diusahakan oleh Penjajah British. Peluang memulakan perniagaan pada era pra-kemerdekaan tersebut nyata telah memberi kelebihan yang sangat banyak kepada kaum Cina dan sehingga kini mereka telah menguasai hampir keseluruhan cabang perniagaan dan ekonomi. Ada juga pemodal-pemodal kaum Cina ini yang memang datang dari China untuk tujuan berniaga memandangkan Tanah Melayu pada ketika itu menawarkan satu peluang perniagaan yang tidak disaingi oleh kaum pribumi iaitu kaum Melayu. Malahan pula British memang memberikan peluang perniagaan tersebut seluas-luasnya kepada kaum Cina dalam polisi pentadbiran mereka yang berkonsepkan pecah dan perintah. Berbanding kaum Melayu, kaum Cina pada masa itu memang telah terdedah kepada dunia perniagaan kerana kaum tersebut adalah kaum yang telah matang. Ini kerana tamadun China memang telah lama wujud iaitu melebihi 2000 tahun dan sepanjang tempoh itu kaum Cina telah belajar tentang pelbagai perkara.  

Disebabkan oleh pengetahuan yang cetek, dan ditambah oleh polisi pengasingan antara kaum yang dilaksanakan oleh penjajah British pada masa itu, kaum Melayu hanya berminat untuk menjadi petani sahaja. Itu pun pertanian untuk tujuan kegunaan domestik sahaja bukan untuk tujuan komersil. Kaum Melayu pada masa itu gagal untuk membuat satu unjuran pemilikan hartanah pada masa akan datang kerana mereka sentiasa percaya bahawa tanah-tanah milik mereka akan diwariskan kepada generasi akan datang tanpa mengambil kira kaum Cina yang menjalankan perniagaan tanpa saingan ini akan memperolehi keuntungan yang besar dan kelak mampu untuk membeli negara ini. Akhirnya, melalui pendidikan dan sedikit pengalaman, kesedaran ini hanya mula muncul pada generasi ke 2 kaum Melayu pasca kemerdekaan. Walaubagaimanapun, kebanyakan perniagaan kaum Melayu hanya bermula pada generasi ke 3 kerana pada generasi inilah kebanyakan dari mereka mempunyai pengetahuan yang baik dan mempunyai pekerjaan yang baik yang berupaya untuk mengumpulkan modal. Walaubagaimanapun, cabaran memulakan perniagaan yang dibuat oleh kaum Melayu pada masa kini adalah sangat sukar kerana kaum Cina telah dahulu menguasai setiap cabang perniagaan dan seboleh-bolehnya tidak akan memberi peluang untuk perniagaan kaum Melayu berkembang. Ini amat berbeza jika dibandingkan ketika kaum Cina memulakan perniagaan, kaum Melayu telah memberikan sokongan dengan menjadi pelanggan mereka dengan suci hati dan sokongan itu masih berlarutan sehingga kini.

Sebenarnya kaum Melayu, sebagai rakyat majoriti negara ini, dengan kata lainnya sebagai pengguna terbesar mampu berbuat sesuatu sekiranya dapat disedarkan dan berusaha untuk menyokong satu sama lain iaitu sebagai peniaga dan pengguna dalam memastikan ekonomi negara ini bertukar tangan. Tetapi usaha ini tidak adan berhasil dengan mudah. Kesedaran perlu ditanamkan secara berterusan supaya generasi akan datang faham akan tanggung jawab untuk menyokong ekonomi sesama kaum seagama ini.  

Perubahan sebenarnya ditangan kita semua.



Wednesday 5 October 2011

Lelaki atau Wanita yang secondhand

Seorang kenalan diberitakan hendak mendirikan rumahtangga dalam masa yang terdekat. Sementelah kenalan ini merupakan seorang duda sejak sekian waktu. Rakan yang mendengar berita tersebut spontan bertanya siapakah bakal isteri tersebut, anak dara kah atau janda. Lantas seorang rakan wanita menyampuk mengatakan bahawa bakal pengantin lelaki adalah duda, sudah secondhand, maka sudah sepatutnyalah dia berkahwin dengan janda juga, barulah  sepadan, sama-sama secondhand!.

Tapi adakah benar lelaki duda itu berstatus secondhand? atau wanita janda sebenarnya secondhand.

Jika dilihat dari sudut istilah pemilik dan dimilik, dengan mudah dapat difahami bahawa istilah secondhand hanya boleh diletakkan kepada sesuatu yang dimilik. Contohnya seorang pemilik kereta tidak akan menjadi secondhand setelah menjual keretanya lalu membeli sebuah kereta yang lain, sebaliknya, kereta yang dijual oleh pemilik asal akan menjadi secondhand kepada pemilik yang baru. Soalan kepada pemilik hanyalah sama ada dia akan memandu buat kali pertama atau telah berpengalaman memandu. Soalan lain yang mungkin releven juga adalah, adakah dia membeli kereta baru buat kali pertama, menukar kereta lama menjadi kereta baru atau menambah jumlah kereta yang dimiliki.

Jadi pada pendapat saya istilah lelaki secondhand sebenarnya tidak pernah akan wujud, yang ada hanyalah wanita secondhand.